Soalan 1: Perkhidmatan apa yang MIH tawarkan?
Jawapan: Kami fokus pada bina rumah atas tanah sendiri-dari A sampai Z.Maksudnya dari design ,As-build plan,kelulusan,binaan,samapai serahan kunci.
Soalan 2: Berapa bajet minimum untuk bina rumah dengan MIH?
Jawapan: Harga asas rumah bermula daripada RM150,000 untuk Negeri Sembilan & Melaka.RM170,000 untuk Negeri Selangor bergantung kepada keluasan,lokasi dan jenis spesifikasi. kmai bina rumah mengikut citarasa & bajet pelanggan.
Soalan 3: MIH sediakan rekaan sendiri atau ikut design pelanggan?
Jawapan: Kami fleksibel. Pelanggan boleh bawa design sendiri atau kami bantu reka pelan baru berdasarkan bajet dan keperluan. Setiap rekaan akan disemak secara teknikal dan diberikan gambaran 3D sebelum pembinaan.
Soalan 4: Macam mana proses bina rumah dengan MIH dari awal hingga siap?
Jawapan: Bermula dengan konsultasi & lawatan tapak, rekaan pelan, permohonan kelulusan PBT, pembinaan dan penyerahan kunci. semua proses ini akan dikendalikan oleh pasukan kami secara menyeluruh.
Soalan 5: Harga rumah berapa?
Jawapan: Harga mengikut keluasan rumah dan spesifikasi. Kami mempunyai pilihan pakej iaitu ekonomi dan premium. Yang penting, kami tawarkan spec premium harga marhaen.
Soalan 6: Perlu ada pelan lengkap sebelum jumpa MIH??
Jawapan: Tak perlu. Anda boleh terus hubungi kami walaupun belum ada pelan. Kami akan bantu dari awal hingga akhir-dari pelan, permohonan pinjaman hinggalah siap rumah. Kami tawarkan konsultasi secara percuma.
Soalan 7: Berapa lama masa untuk siapkan sebuah rumah?
Jawapan: Tempoh siap pembinaan rumah bergantung pada jenis rumah dan keluasan. Secara purata, tempoh pembinaan adalah sekitar 6 hingga 8 bulan dari tarikh permulaan kerja binaan hingga serahan kunci, tertakluk pada kelulusan pelan dan keadaan cuaca.
Soalan 8: Adakah rumah yang dibina dilindungi waranti?
Jawapan: Ya. Kami beri waranti rumah selama 6 bulan selepas serahan kunci rumah. Waranti 12 bulan bagi bumbung & paip air. Segala kerosakan dalam tempoh ini akan dibaiki tanpa caj tambahan.
Soalan 9: Guna material apa?
Jawapan: Kami menggunakan material berkualiti seperti bata merah(clay brick), atap genting saga lagenda, wiring mengikut spesifikasi TNB. Yang penting, kami menggunakan bahan yang bersirim.
Soalan 10: Kawasan mana MIH cover?
Jawapan: Kami beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Negeri Sembilan,Melaka,Selangor,Johor dan kawasan Utara seprti Perak,Penang dan Kedah. Sila hubungi kami untuk smeakan kesesuaian lokasi anda.
Soalan 11: Apa kaedah pembiayaan yang diterima oleh MIH?
Jawapan: Ada 3 kaedah pembiayaan yang diterima iaitu secara Tunai, LPPSA, dan Loan Bank.
Soalan 12: Adakah MIH uruskan pinjaman LPPSA?
Jawapan: Ya, kami uruskan keseluruhan proses LPPSA-dari semakan kelayakan,penyediaan dokumen hingga pelan arkitek.Kami juga bantu sediakan laporan teknikal & lengkapkan permohonan secara sistematik.
Soalan 13: Tanah nama ibu bapa, boleh bina rumah atas tanah tu?
Jawapan: Boleh, dengan syarat mendapat surat kebenaran bertulis daripada pemilik tanah. Kami sediakan semua dokumen rasmi termasuk Surat Kebenaran Membina & Lantikan Kontraktor.
Soalan 14: Macam mana nak mula?
Jawapan: Hanya perlu sediakan salinan geran tanah, bajet anggaran dan lokasi tapak. Kami akan bantu dari peringkat awal hingga rumah siap dibina. Nak jumpa untuk consult pun boleh, terus set appointment. Jangan risau, kami tawarkan konsultasi secara percuma.
